Sabtu, 21 Mei 2011

HOME



Sifat Semulajadi Tulang & Sendi Yang Sihat :

Kearah kesihatan tulang & Sendi yang sihat 
untuk tubuh yang sihat dan sejahtera.

Dalam kesibukan harian kita berapa kalikah kita berhenti sejenak untuk berfikir tentang kesihatan Tulang & Sendi kita? Kebanyakan Orang mungkin menjawab "tidak selalu" dan mungkin juga ada yg berkata 
"tak pernah terfikir pun". 

Kesihatan tulang hanya akan diambil perhatian serius bila keadaan tulang dan sendi telah rosak dan bermasaalah, patah atau Anda didiagnosis osteoporosis atau arthtritis. Namun terlalu ramai tidak menyedari setiap saat tulang dan sendi kita mengalami kerapuhan dan kerosakan disebabkan pemakanan serta gaya hidup yg langsung tidak memikirkan risiko pada tulang dan sendi. Berjuta juta bahagian kecil tulang dan sendi yg lama, yang lemah sedang larut dan tulang sendi baru mengambil alih tempatnya. Kesihatan tulang adalah teramat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup kita seperti mana sistem kardiovaskular atau pencernaan kita, cuma ia tidak kelihatan atau terasa dengan segera.


Tulang dan sendi yg menjadi rangka tubuh kita adalah organ yg benar2 ciptaan yg menakjubkan. Ia terdiri daripada 206 ketul tulang yg dihubungkan olih 360 ketul sendi, yg mana setiap satunya mempunyai fungsi yg tersendiri. Rangka kita ini adalah suatu yg dinamik dan bolih berubah seperti bahagian lain dari tubuh. Tulang2 dan sendi tubuh mengalami transformasi dimana setiap atom dalam rangka kita digantikan dalam tempoh tiga bulan kerana tubuh kita terus memantau dan meningkatkan kekuatan tulang kita. Olih itu dengan beredarnya masa, tulang kita akan berbedza keadaan saiz, ketumpatan dan kekuatannya. Ini sekaligus menjadi penentu tahap kesempurnaan kesihatan kita.

  
Peranan tulang dan hubung kaitnya dengan kesihatan tubuh badan manusia adalah diluar kefahaman kebanyakan dari kita. Tulang sihat bukan hanya sekadar menjadi penyokong bagi seluruh tubuh kita tetapi
  •  Ia adalah kilang untuk sel-sel darah kita, memastikan bekalan segar sel darah merah dan putih yang sedia untuk memenuhi keperluan tubuh kita untuk oksigen dan fungsi kekebalan tubuh.
  • Ia  gudang mineral, pergudangan kalsium, fosforus, silika, dan nutrisi lain yang diperlukan dalam tubuh kita.
  • Ia mempertahankan pH tubuh kita, melepaskan sebatian mineral alkali secara strategik ketika tubuh kita menjadi terlalu berasid.
  • Ia melindungi organ-organ kita yang paling vital dari bahaya, menggendong mereka dalam baju besi yang keras namun fleksibel. Semua peranan, dan banyak lagi, yang penting untuk kesihatan kita.

Amati dan teliti rajah dan carta dibawah ini yang menceritakan tentang kesan atau akibat sekiranya tulang belakang kita 'terganggu' dan peri pentingnya kesihatan dan keselamatan tulang kita dipelihara demi kesejahteraan kehidupan;


Sistem saraf tubuh merupakan kawalan utama seluruh sistem sel , jaringan dan organ tubuh kita. Tulang belakang berfungsi membaluti dan melindungi saraf. Hubungan  
antara tulang belakang dan saraf tersebut adalah sangat erat 
 sehingga apa jua masalah masalah yang terjadi pada tulang belakang akan 
mempengaruhi sistem saraf, yang sekali gus akan mengganggu kesihatan kita. 
Begitulah sebaliknya, memperbaiki kerusakan pada tulang belakang boleh 
membuat sistem saraf berfungsi dengan baik. Hasilnya, Anda akan sembuh 
dari berbagai macam penyakit, bahkan penyakit yang sama sekali tidak 
ada kaitannya dengan tulang belakang pun boleh disembuhkan.

Bagi menjelaskan secara lebih terperinci lagi tentang gangguan kesihatan yang berkait rapat dengan tulang belakang dan sistem saraf adalah seperti dibawah ini :




Faktor – faktor Penyebab Gangguan Tulang, Tulang Belakang dan Sendi

o   Kurang bersenam menyebabkan keupayaan dan keanjalan otot berkurangan. Tubuh menjadi tidak kuat, ini memudah dan mendedahkan diri kepada kecederaan tulang terutama ketika melakukan kerja yang lasak seperti mengangkat barang.



o   Posisi atau postur badan yang tidak betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang boleh menyebabkan ketegangan otot malah mencederakannya. Posisi yang salah membuat tulang belakang berhentakan 
sehingga rawan terganggu.



o   Berehat (baring) yang lama boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki.
o   Duduk, memandu atau berdiri terlalu lama dan bergerak menggunakan kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan sakit tulang belakang.



o   Obesiti. Amalan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang dan sendi. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan. Risiko seseorang mengalami gangguan sendi diketahui meningkat hingga 4 kali 
ganda pada mereka yang kelebihan berat badan.


o   Tekanan kehidupan. Masalah kehidupan yang tidak dapat diurus dengan baik menyebabkan tekanan kepada pemikiran dan membawa kepada sakit pinggang atau tulang belakang
o   Merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera (disk) lebih mudah mengalami kemerosotan.
o   Tidur di atas tilam yang terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya.



o   Posisi tidur dalam keadaan lengkungan tulang belakang yang tidak normal(bengkok). Ini membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.




o   Masalah fizikal semulajadi faktor genetik atau keturunan  seperti serat kologen yang lemah dan kalsium yang berkurangan atau akibat dari kemalangan.
o    Faktor usia. Proses degeneratif yang berlaku seiring dengan peningkatan usia mengakibatkan gangguan pada struktur akibat kerusakan tulang belakang, cakra (disk) atau persendian dimana cakra (disk) menjadi kering, atau terjadi keporosan pada tulang belakang.


OSTEOPOROSIS DAN ARTHRITIS

Puncak kepadatan tulang bagi seseorang berlaku pada usia antara 20 – 25 tahun. Osteoporosis dan Arthritis adalah penyakit yang boleh dicegah dari belaku jika langkah pencegahan digerakan dari awal lagi terutama sebelum berusia 30an.

Walaupun tiada siapa pun boleh terlepas dari mengalami salah satu dari keduanya ini, namun usaha untuk tidak sampai ketahap menderitainya boleh dilakukan dan ia bukanlah suatu yang terlewat bagi mereka yang telah mengalaminya. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.


Apakah dia OSTEOPOROSIS?

Perkataan ‘osteoporosis’ adalah dari kata dasar ‘porous bone’ atau tulang yang rapuh.Osteoporosis adalah penyakit tulang (skeleton) yang mengurangkan kekuatan tulang dan meningkatkan risiko untuk patah. Kesemua tulang selain dari muka dan kepada boleh diganggu oleh osteoporosis, tetapi bahagian yang paling mudah untuk patah atau retak adalah tulang pinggul, tulang belakang, pergelangan tangan atau kaki dan tulang rusuk. 



Pengaruh OSTEOPOROSIS pada tulang belakang

Keluhan  yang  sering dirasakan oleh  seorang  pesakit  osteoporosis ialah sakit belakang dibahagian bawah (Low Back Pain). Pada dasarnya tulang manusia dapat dibahagikan 
kepada dalam 2  jenis  mengikut kepadatannya, iaitu :

  1.  Tulang trabekuler, yang mempunyai anyaman kurang rapat. Jenis tulang ini terdapat terutama pada seluruh tulang belakang(tulang leher, tulang dada, tulang pinggang dan tulang ekor) dan bagian leher dari tulang paha.Bentuk anyaman yang kurang rapat ini menjadikan tulang tersebut untuk menjadi cukup elastis bagi menerima beban. Bila tulang tersebut cukup elastis maka setiap lenturan yang terjadi sewaktu bergerak atau bekerja dapat dilakukan sehingga individu tersebut tidak merasa sakit.
  2. Tulang kortikal, yang mempunyai anyaman lebih rapat. Jenis tulang ini terdapat terutama pada semua tulang yang panjang dan berfungsi sebagai penahan rangka tubuh.

Kombinasi antara kolagen dan kalsium menjadikan tulang kuat dan fleksibel untuk menahan tekanan dari aktiviti harian kita. Lebih dari 99% kalsium tubuh terletak 
pada tulang dan gigi. Dan hanya 1% bakinya terdapat pada darah.

Sepanjang manusia hidup, tulang terus mengalami perkembangan dan pemulihan atau ‘remodeling process’. Proses yang dilalui oleh tulang adalah penghakisan dan pembentukan. Sel tulang lama yang mengalami kerosakan akan dihakis, 
proses ini dinamakan osteoclasts.

Pada proses pembentukan tulang semula, jaringan tulang baru akan menggantikan 
sel-sel tulang lama, ini dipanggil osteoblasts. (Lihat video untuk lebih jelas)

Osteoclasts dan osteoblasts berlaku secara silih-ganti sepanjang proses perbaikan, disaat itu tulang memerlukan berbagai hormon dan vitamin untuk menghasilkan tulang yang sempurna, iaitu:
  • Calcitonin
  • Parathyroid
  • vitamin C
  • hormon estrogen (pada perempuan)
  • hormon testosteron (pada lelaki)
Kadar kehilangan ketumpatan tulang dikalangan wanita adalah lebih tinggi terutamanya di 5 tahun yang pertama selepas putus haid (menopause). Ini disebabkan ovari telah berhenti menjana hormon sex wanita iaitu estrogen. Estrogen adalah salah satu dari bahan 
utama yang membantu mengurangkan kadar kerosakan tulang dan 
mengekalkan ketumpatan tulang.

Tanda dan Gejala


Osteoporosis, atau kehilangan tulang (bone loss) selalunya disebut ‘silent disease’ sebab ia berlaku tanpa sebarang simptom atau amaran awal yang jelas. Osteoporosis 
mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang.

Tanda osteoporosis termasuklah
  • Gigi menjadi rapuh, goyang dan gugur
  • Sakit sendi,
  • Sukar untuk berdiri lurus atau duduk.
  • Kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah.
  • Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang menjadi reput. Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan arthritis dan mungkin kecacatan; bagi setengah warga emas mereka tidak boleh hidup berikutan kecederaan.
  • Ketinggian tubuh semakin berkurangan. Tubuh mula membongkok dan ini biasa berlaku di kalangan warga emas.
 




Osteoporosis terjadi bila tulang kehilangan garam galian (mineral), seperti kalsium, pada kadar yang lebih laju berbanding proses gantian yang boleh dilakukan oleh tubuh, ini menyebabkan tulang kehilangan ketebalan dan ketumpatan. Akibatnya, tulang menjadi kurus atau nipis dan tidak padu (less solid) dan dengan hanya kemalangan kecil sahaja boleh mengakibatkan patah yang serious.

Di Malaysia, patah kerana osteoporosis dikenalpasti sebagai masalah kesihatan yang utama terutamanya dikalangan warga tua. Bahagian yang mudah patah adalah tulang belakang, pergelangan tangan atau kaki dan tulang pinggul. Patah tulang pinggul adalah teramat ditakuti kerana ia selalunya akan membawa kepada risiko kematian seawal di tahun pertama kecederaan.

Hasil kajian pada tahun 1997 di Malaysia, kes patah tulang pinggul dikalangan mereka yang berusia 50 tahun dan keatas adalah 90 orang bagi setiap 100,000 orang. Manakala kos perubatan membabitkan keretakan pinggul pada 1997 dianggarkan berjumlah RM22 juta. Angka ini terus meningkat mengikut peringkat umur, dan kadar tertinggi adalah dikalangan wanita.

Hormon pertumbuhan dan hormon seks estrogen (wanita) dan testosterone (lelaki) memproses dan mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang.

Risiko wanita berhadapan dengan tulang rapuh lebih besar berbanding lelaki. Hampir 80 % wanita yang putus haid berhadapan dengan masalah tulang rapuh kerana penghasilan estrogen menurun dengan drastik selepas menopaus.

Lelaki berhadapan dengan tulang rapuh antara 5 atau 10 tahun selepas wanita, kerana hormon testosterone tidak menurun secepat estrogen.

Mereka yang cenderung untuk mengalami osteoporosis atau masalah tulang rapuh jika berhadapan dengan masalah berikut:
  1. Berusia 50 tahun ke atas
  2. Binaan tubuh yang langsing
  3. Putus haid awal (menopause) sebelum 45 tahun
  4. Menjalani pembedahan pembuangan ovary
  5. Kitaran haid yang tidak normal (tidak datang lebih dari 6 bulan)
  6. Tidak bersenam dan tidak bergerak aktif seperti banyak berehat diatas katil
  7. Merokok – Merendahkan paras hormon estrogen bagi wanita.
  8. Penagih alcohol dan dadah
  9. Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat mencairkan darah, diuretic dan kortikosteroid (untuk rawatan arthritis dan asma).
  10. Latar belakang keluarga berpenyakit Osteoporosis.
  11. Kurang memakanan/minuman yang berkalsium.
  12. Kurang pengambilan makanan bernutrisi. 

Osteoporosis boleh terjadi akibat dari perubahan hormon-hormon tubuh
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif)
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitary
  • Penyakit buah pinggang
  • Kencing manis.
  • Gangguan penyerapan seperti 'Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease(penyakit crohn).
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan tulang patah.


Bagaimana mencegahnya?

Osteoporosis adalah penyakit yang boleh dihalang dan dicegah dari berlaku.
  1. Binalah tulang yang kuat, terutamanya sebelum berusia 30 tahun adalah cara terbaik untuk menghalang osteoporosis
  2. Gaya hidup yang sihat adalah teramat penting untuk mengekalkan tulang yang sihat.
  3. Jangan atau berhenti merokok, elakkan dari minum minuman beralkohol atau bergas.
  4. Lakukan senaman yang boleh menguatkan otot tubuh dan meningkatkan kecergasan.
  5. Mengamalkan supplement yang akan membantu dan menyihatkan tulang dan sendi yang mempunyai kandungan kalsium dan vitamin D pada setiap hari. Walaupun kalsium diketahui mengurangkan risiko tulang rapuh ia juga berperanan dalam memastikan kemantapan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Malah ada kajian yang mengaitkan kepentingan kalsium dalam mengurangkan risiko kes berulang polip pada kolon iaitu faktor yang merangsang barah kolon.
  6. Lakukan pemeriksaan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan tulang – Ujian Ketumpatan Tulang (Bone Density Test).


ARTHRITIS

Sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
  • yang boleh bergerak atau sendi sinovial yang mewakili 90 % sendi di badan,
  • sendi separa bergerak atau sendi berserat (yang menyambungkan tulang kaki) dan
  • sendi yang tidak boleh bergerak langsung seperti tengkorak.

KESIHATAN sendi adalah sesuatu yang merisaukan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan ia adalah penyakit yang paling biasa dialami dan ia berkait dengan proses penuaan. Malah 90 % daripada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas mempunyai tanda-tanda ini.

Sakit sendi atau “Athritis” adalah keradangan sendi yang boleh berlaku pada mana sendi yang terdapat dalam tubuh. Biasanya ia akan menyerang bahagian sendi lutut, jari kaki dan tangan, siku, pinggul, pinggang, bahu dan leher.


Keadaan itu berlaku apabila darah yang ‘tidak cukup khasiat’ dibekalkan pada seseorang walaupun orang tersebut kelihatan sihat. Manakala tubuh badan pula tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Terdapat lebih dari 100 jenis Arthritis (keradangan sendi) antara yang paling biasa ialah

OSTEOARTHRITIS

APA ITU OSTEOARTHRITIS:

Adalah salah satu jenis  dari keluarga besar penyakit arthritis yang paling kerap terjadi. Sering disebut  juga degeneratif osteoarthritis atau hypertrophic OA. OA merupakan radang sendi yang bersifat kronik dan progresif disertai  kerosakan tulang rawan sendi yang menjadi haus dan lusuh serta penipisan secara progresif pada permukaan sendi, dan diikuti oleh pertumbuhan tulang rawan sendi baru (osteofit) atau benjolan di tepi tulang (boleh dilihat dan dirasai). Benjolan ini mengganggu fungsi sendi, menyakitkan dan kebas.

Kerosakan tulang rawan itu, adalah disebabkan oleh berlaku perubahan pada sel-sel yang membentuk komponen tulang rawan, seperti collagen (serabut protein yang kuat pada jaringan ikat) dan proteoglikan (bahan yang membentuk daya lenting tulang rawan).



Jika tidak ditangani ia boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan kerana secara tidak langsung memberi kesan psikologi, emosi dan sosial kepada pesakit.
WHO melaporkan 40 peratus penduduk dunia yang lanjut usia menderita OA lutut, dari jumlah tersebut, 80 peratus mengalami pergerakan sendi yang terbatas. 

Pathophysiology Cartilage Hyaline (jaringan rawan sendi)

Adalah jaringan elastik yang terdiri daripada 95 % air dan matrik ekstra selular, 5 % sel kondrosit. Fungsinya sebagai penyangga atau shock-breaker, juga sebagai pelincir, sehingga tidak menimbulkan sakit ketika pergerakan sendi. Apabila jaringan rawan sendi rosak lebih cepat berbanding kemampuannya untuk memperbaiki diri, maka terjadi penipisan dan kehilangan pelincir sehingga kedua tulang akan bersentuhan sehingga menyebabkan rasa sakit pada sendi lutut.

Setelah terjadi kerosakan tulang rawan, sendi dan tulang ikut berubah. Pada permukaan sendi yang sudah haus dan nipis terjadilah pengapuran (bone spurring). Iaitu tumbuhnya tulang baru yang merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk menjadikan sendi kembali stabil, tapi keadaan ini membuatkan sendi menjadi kaku. Sendi yang sering menjadi sasaran penyakit ini adalah sendi yang sering digunakan sebagai penompang tubuh seperti lutut, tulang belakang, panggul, dan juga pada sendi tangan/kaki. Jika tidak diubati sakit akan bertambah  dan tidak boleh berjalan.

Selain itu, tulang boleh mengalami perubahan  bentuk atau deformity bersifat kekal. Bengkok pada kaki boleh kearah dalam maupun keluar. Keadaan ini muncul secara perlahan mungkin setelah 10 tahun kemudian. 


Jika osteoartritis berlaku dan menyebabkan tulang tumbuh dan menekan saraf pada leher atau bahagian bawah tulang belakang, ini boleh menyebabkan kelumpuhan, kebas, kesakitan  dan rasa lemah pada lengan.

Jika sekiranya pembuluh darah yang menuju ke otak bahagian belakang tertekan, ini boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan, vertigo, mual dan muntah. Pertumbuhan tulang juga boleh menekan bahagian kerongkongan dan menyebabkan kesukaran menelan.

JENIS-JENIS OSTEOPOROSIS

  1. Primer (Primary)
    • Penyebab tak diketahui, akibat proses penuaan semulajadi.  Dialami setelah usia 45 tahun, tidak diketahui penyebab secara pasti, menyerang perlahan-lahan, dan boleh melibatkan banyak sendi. Biasanya pada sendi lutut dan pinggul, tulang belakang dan jari-jari. 

  1. Sekunder (Secondary)
    • Dialami sebelum usia 45 tahun, penyebab trauma (instability) yang menyebabkan luka pada sendi (misalnya patah tulang atau permukaan sendi tidak sejajar), akibat sendi yang longgar dan pembedahan pada sendi. Penyebab lain adalah faktor genetik dan penyakit metabolik.   

GEJALA OSTEOARTHRITIS (OA)

Penyakit ini boleh terjadi tanpa sebarang gejala (asymptomatic) artinya walaupun hasil X-ray menunjukkan hampir 70 peratus yang berusia lebih 70 tahun dikenalpasti menderitai penyakit OA, tetapi hanya setengahnya mengeluh kesakitan, sedangkan selebihnya normal.
Berikut ini tanda-tanda serangan OA :
  1. Persendian terasa kaku dan sakit apabila  digerakkan .Pada mulanya  hanya terjadi pagi hari, tetapi  apabila dibiarkan akan bertambah buruk dan menimbulkan rasa sakit setiap melakukan gerakan tertentu, terutama pada waktu menampung berat badan.  Sakit sendi akan dirasai duduk di kursi atau didalam berkenderaan untuk  perjalanan jauh.
  2. Terdapat pembengkakan/peradangan pada persendian (Heberden’s dan Bouchard’s nodes)
  3. Persendian yang sakit berwarna kemerah-merahan.
  4. Keletihan yang disusuli oleh rasa sakit pada persendian
  5. Kesukaran menggerakkan sendi
  6. Sendi berbunyi(crepitus). Gejala ini sakit, hanya rasa tidak selesa bila berbunyi pada  setiap pergerakan (selalunya dilutut)
  7. Perubahan bentuk tulang.Ini akibat jaringan tulang rawan yang semakin rosak, tulang mulai berubah bentuk dan meradang , menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. 

FAKTOR RISIKO
  1. Berusia 40 tahun keatas.
  2. Wanita dan lelaki pada nisbah 3:1
  3. Obesiti (gemuk)
  4. Pernah mengalami trauma atau radang di persendian sebelum ini.
  5. Adanya tekanan yang berpanjangan pada sendi, misalnya ahli sukan.
  6. Adanya kristal pada bendalir (pelincir) sendi atau tulang .
  7. Ketumpatan tulang yang tinggi
  8. Neuropathy periphery
  9. Faktor lainnya  : ras, keturunan dan metabolik. 

PENCEGAHAN OA

Langkah pencegahan untuk menghindari diri dari diserang OA atau untuk membantu anda supaya cepat sembuh jika telah diserang iaitu
  1. Menjaga berat badan
  2. Bersukan dengan sukan yang tidak banyak menggunakan persendian
  3. Bersuka hanya mengikut kesesuaian / keperluan sahaja s
  4. Hindar dari terluka pada persendian.
  5. Mengambil suplemen sendi – contoh REC-Pluz, Glucosamine, Chondroitin dan Hyaluronic Acid
  6. Memakan makanan yang sihat
  7. Memilih alas kaki yang tepat dan selesa
  8. Lakukan relaksasi dengan berbagai teknik – contoh Yoga
  9. Hindari gerakan yang meregangkan sendi jari tangan.
Jika ada deformity pada lutut, misalnya kaki berbentuk ‘O’, jangan dibiarkan. hal tersebut akan menyebabkan tekanan yang tidak merata pada semua permukaan tulang. 


RHEUMATOID ARTHRITIS

Rheumatoid Arthritis (RA) adalah gangguan keradangan kronik yang kerap kalinya mempengaruhi sendi kecil di tangan dan kaki. Serangannya adalah berbeza berbanding osteoarthritis, RA melibatkan sistem kekebalan (autoimmune system) yang celaru.

Sistem kekebalan tubuh akan menyerang sinovium dan lapisan membrane yang mengelilingi sendi. Ini menyebabkan berlaku radangan sinovium dan membengkak, diikuti dengan serangan keatas tulang rawan dan tulang sendi. Akibat dari kerosakan rawan dan tulang sendi, tendon dan ligament akan menjadi lemah dan merenggang. Secara beperingkat, sendi dan tulang kehilangan bentuk dan keselarasan.




 
Sistem kekebalan tubuh (autoimune system) yang celaru ini seterusnya akan bertindak menyerang jaringan tisu-tisu tubuh yang lain. Akhirnya satu per satu sendi akan mengalami masalah dan pada ketika itu kita akan mengalami demam dan keletihan.

Rheumatoid Arthritis
menyerang 2 hingga 3 kali ganda lebih kerap keatas wanita berbanding lelaki terutamanya mereka yang berusia 40 hingga 60 tahun.

GEJALA RHEUMATOID ARTHRITIS

Antara tanda dan gejala RA adalah :
  • Sakit sendi
  • Diikuti oleh pembengkakan
  • Sendi terasa lembut bila disentuh
  • Tangan menjadi kemerahan dan membengkak
  • Terdapat benjolan dibawah kulit (rheumatoid nodules)
  • Rasa keletihan dan lemah
  •  Kekejangan diwaktu pagi yang lama
  • Demam
  • Penurunan berat badan
RA cenderung untuk menyerang sendi yang kecil terlebih dahulu, antaranya seperti sendi di pergelangan tangan, buku lali kaki, jari tangan dan jari kaki. Seterusnya ia akan menyerang bahu, siku, lutut, tulang pinggul, rahang dan leher. Kebanyakan gejala atau serangan adalah secara simetri – iaitu bahagian kiri dan kanan tubuh serentak.

Serangan Secara Simetri - Kiri dan Kanan Serentak

Tanda-tanda atau gejala RA boleh datang dan pergi serta berubah-rubah berat atau ringan kesakitannya. Sehingga kehari ini para doktor masih belum mendapat jawapan pasti tentang bagaimana proses RA ini boleh bermula.

 Angkara Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis (RA) bukan hanya menyerang bahagian sendi tubuh sahaja tetapi ikut menyerang bahagian tubuh yang lain antaranya ialah mata dan paru-paru.

Serangan pada mata akan mengakibatkan :

1.    Mata kering (Dry eyes)perlu diingatkan bahawa gejala  mata kering ini mungkin adalah gejala sindrom Sjogren yang juga ada kaitan dengan kegagalan system kekebalan (autoimmune) dan juga berkait dengan RA.

2.    Radangan bahagian dalam mata (uveitis) – boleh menyebabkan mata menjadi merah dan sakit, kelabu dan alah kepada cahaya.

3.    Radangan pada lapisan membrane yang menutupi putih mata (episcleritis)menyebabkan mata tidak selesa dan merah.

4.    Radangan bahagian putih mata (scleritis)sakit mata yang teruk dan nampak lembut (tenderness). Adakalanya mata putih akan tampak keungguan lebih dalam dari mata yang merah seprti berlaku ketika episcleritis.

5.    Glaucomaradangan mata akan menjejaskan system pengairan mata dan menjurus kepada glaucoma dan boleh menyebabkan sakit mata, mata kelabu, kehilangan daya pengelihatan seterusnya buta.

6.    Cataracts – muncul lapisan kelabu menutupi kanta mata akibat dari pengambilan ubat merawat RA iaitu corticosteroid.



Serangan pada paru-paru akan mengakibatkan :

Adakalanya serangan pada paru-paru akan berlaku dahulu sebelum bermualanya serangan pada bahagian sendi. Antara gejala yang terjadi;

1.    Sakit ketika bernafasRA menyebabkan radangan pada lapisan paru-paru (pleurisy). Radangan ini menyebabkan rasa sakit yang menyucuk semasa bernafas.

2.    Sesak nafasmunculnya cecair yang terhimpun dan memenuhi kawasan pleural akibat dari radangan lapisan pleurisy.

3.    Node di paru-parubenjolan kecil akan terjadi di paru-paru (rheumatoid nodule). Ia tidak membahaya melainkan jika ia pecah, ia akan merosakkan paru-paru.

4.    Parut di paru-paruRA boleh menyebabkan kesan parutan pada paru-paru. Ini akan menyebabkan rasa sesak nafas, batuk kering yang kronik, lemah badan dan hilang selera makan.



PSORIASIS ARTHRITIS


SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE)




GOUT






Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan